suria

Meghan terbang ke Kanada tanpa Putera Harry, dilarang bergambar, dekatinya dalam pesawat

Meghan (kiri) bersama Putera Harry. Foto Reuters

MEGHAN Markle dilaporkan berkunjung ke Kanada tanpa suaminya, Putera Harry.

Bekas pelakon siri televisyen Suits itu dipercayai terbang ke Toronto dengan menaiki penerbangan Air Canada.

Putera Harry bagaimanapun tidak bersama Duchess of Sussex itu dalam penerbangan tersebut.

Menurut hab berita diraja, Royal Central, Istana Kesington menghantar surat kepada Air Canada membuat permintaan supaya tiada seorang dibenarkan mengambil gambar Meghan atau mendekatinya sepanjang penerbangan.

Meghan turut dipercayai merancang untuk mengadakan kunjungan ke California pada musim panas ini.

Ia merupakan kunjungan luar negara Meghan yang pertama tanpa Putera Harry sejak pasangan itu berkahwin pada 19 Mei lalu.

Namun tidak dipastikan sama ada Putera Harry akan menyusul untuk bersama dengan isterinya di Kanada.

Bagaimanapun, timbul cakap-cakap bahawa Meghan mungkin akan meluangkan masa bersama rakan-rakannya terlebih dahulu, sebelum disertai Putera Harry.

Meghan pernah menetap di Toronto semasa terlibat dengan penggambaran drama Suits, malah dia turut mempunyai ramai kawan di bandar raya itu. - Mirror Online UK

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain