Apple Inc bakal keluar iCar? - Dunia | mStar

Apple Inc bakal keluar iCar?

SELEPAS menerima sambutan luar biasa gajet keluaran Apple Inc, syarikat itu kini merancang untuk mengeluarkan kenderaan mereka sendiri iaitu iCar.

Ming-Chi Kuo meramalkan Apple Inc akan memulakan perniagaan bernilai trilion dolar itu.

Pakar analisis yang bekerja untuk syarikat kewangan KGI Securities itu disifatkan sebagai penganalisis terbaik untuk Apple Inc.

Dia menjangkakan Apple akan melancarkan kenderaan sendiri antara 2023 dan 2025.

“Kelebihan teknologi terkemuka Apple, AR misalnya akan menentukan semula kenderaan dan membezakan iCar dengan produk lain.

“Perkhidmatan Apple akan berkembang dengan memasuki pasaran kewangan kereta mewah menerusi Apple Car.

“Apple boleh melakukan integrasi lebih baik dari segi perkakasan, perisian dan perkhidmatan daripada pesaingan semasa dalam sektor elektronik pengguna dan pesaing sektor auto,” katanya.

Hakikatnya spekulasi mengenai Apple Car sudah tersebar sejak beberapa tahun lalu tetapi syarikat berpangkalan di Amerika Syarika itu terus berteka-teki mengenainya.

Jadi tidak mustahil Apple Car akan berada di pasaran dalam tempoh tujuh tahun lagi memandangkan ia merupakan perniagaan yang akan memberi keuntungan besar kepada syarikat telekomunikasi gergasi itu.

iCar , Apple Inc

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain