suria

Durian 18kg kini dilelong

BANGKOK: Seorang pemilik kebun durian di Tak melelong sebiji durian gergasi seberat 18 kilogram (kg).

Thanapon Chainok, 51, yang mempunyai kebun durian berkeluasan dua hektar di Tak yang terletak di daerah Prop Phra berkata durian gergasi itu masih lagi belum gugur.

Namun dia menganggar berat durian itu kira-kira 18kg.

Thanapon berkata dia membuka lelongan untuk buah gergasi itu bermula pada harga Bt10,000 (RM1,227).

Bidaan tertinggi yang ditawarkan setakat ini adalah pada harga Bt73,000 (RM8,958).

Proses lelongan itu akan diteruskan sehingga 12 Ogos ini.

Chainok kebiasaannya akan menjual raja buah itu di kebun miliknya pada harga Bt85 (RM10) setiap kg. – The Nation/Asia News Network

durian, lelong

Artikel Lain