Wanita jadi ibu pada usia 58 tahun - Dunia | mStar

Wanita jadi ibu pada usia 58 tahun

SEORANG wanita Britain selamat melahirkan anak pertamanya pada usia 58 tahun yang dikandungnya melalui kaedah rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF) di luar negara.

Carolyne Ness terpaksa mendapatkan rawatan IVF di India dengan membayar sebanyak 4,500 pound sterling (RM23,979) selepas NHS dan klinik swasta enggan menerimanya kerana faktor usia.

Wanita tersebut sudah berkahwin pada usia 30 tahun tetapi gagal hamil secara normal.

Ketika memasuki usia 40 tahun, dia menerima berita sedih apabila doktor mengesahkan dia mengalami masalah kesuburan.

“Perkahwinan saya tidak bertahan lama kerana masalah ini. Saya kembali solo dan tidak mempunyai anak,” kata Caroline.

Dia mula keluar temu janji dengan seseorang yang mungkin mahukan anak bersamanya tetapi tidak bernasib baik.

Carolyne kemudian berpindah ke Australia untuk memulakan kehidupan baharu dan bekerja sebagai penyambut tetamu di Sydney.

Namun ketika berusia 50 tahun, dia masih belum bergelar ibu.

Dia mahu mengambil anak angkat di Australia tetapi proses terlalu lama.

“Saya mahu hamil. Saya mahu merasai bayi saya membesar di dalam rahim,” katanya.

Selepas rakan mencadangkan dia supaya menjalani rawatan IVF, Carolyne mendapati hanya Cyprus dan India yang menerima pesakit pada usianya.

Seorang doktor mengesahkan rahimnya sihat tetapi rakannya tidak yakin dengan keputusan Carolyne untuk menjalani rawatan tersebut.

Carolyne menggunakan wang simpanan untuk menjalani rawatan tersebut termasuk kos penerbangan dan tempat tinggal berjumlah 1,000 pound sterling (RM5,329) ketika berlepas ke New Delhi pada Mac 2017.

“Penderma sperma merupakan warga Amerika Syarikat (AS) dengan ketinggian 6 kaki dan bekerja dalam bidang IT.

“Lelaki itu juga berambut perang. Matanya pula berwarna coklat,” kata Carolyne.

Dua minggu kemudian di Australia, ujian darah mendapati Carolyne telah hamil.

Pada 6 November 2017, dia selamat melahirkan anak lelakinya yang diberi nama Javed.

IVF , bayi

Artikel Sebelum

Gadis kongsi bilik tidur bersama 16 ular

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain