Syarikat Jepun 'sewa' ketiak wanita cantik untuk pamer iklan - Dunia | mStar

Syarikat Jepun 'sewa' ketiak wanita cantik untuk pamer iklan

SEBUAH agensi pengiklanan Jepun mula menggunakan ketiak wanita jelita sebagai ruang iklan.

Klinik rawatan kecantikan menjadi pelanggan pertama agensi itu.

Syarikat pengiklanan Wakino yang diambil sempena perkataan "waki" yang bermaksud ketiak itu ditubuhkan pada awal tahun ini.

Laman web syarikat itu mempunyai pelbagai contoh iklan berbentuk empat segi, berwarna-warni dan berukuran antara dua hingga empat inci.

Harga iklan ketiak itu bernilai ¥10,000 (RM365) sejam.

Model yang digunakan untuk iklan tersebut mempamerkan ketiaknya sambil menggayutkan tangan pada pemegang yang disediakan dalam kereta api.

Memetik laporan Telegraph UK, Klinik Seishing Biyo menjadi antara yang terawal untuk mencuba teknik pemasaran itu bagi memperkenalkan khidmat klinik tersebut.

Klinik berkenaan menawarkan servis pembuangan bulu ketiak yang tidak menyakitkan.

Agensi pengiklanan itu mencari lebih ramai model ketiak termasuk model lelaki.

Syarikat itu turut mengumumkan untuk menganjurkan pertandingan kecantikan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, kempen iklan pelik itu mungkin terpaksa direhatkan seketika memandangkan golongan wanita akan menutup ketiak mereka apabila musim luruh tiba tidak lama lagi.

iklan

Artikel Berkaitan

Angkat ketiak tunjuk iklan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain