suria

Potret Puteri Diana dilukis guna darah penghidap HIV, kenapa?

PADA April 1987, mendiang Puteri Diana bersalaman dengan seorang lelaki yang disahkan positif HIV, sekaligus memberi mesej kepada dunia mengenai stigma yang sering dikaitkan dengan penghidap virus itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, seorang pelukis, Conor Collins, menghasilkan potret puteri kesayangan ramai itu dengan menggunakan darah penghidap HIV dan debu berlian.

Hasil karya itu kini mendapat perhatian ramai setelah ia dimuat naik ke laman sosial.

"Dunia terkejut apabila Diana bersalaman dengan pesakit HIV. Kini, stigma penyakit itu masih menebal.

"Stigma itu berlaku kerana ramai yang tidak mempunyai pengetahuan dan fakta sebenar.

"Anda tidak akan dijangkiti HIV dengan sekadar bercumbu. Pencegahan sangat berkesan," tulis Collins menerusi laman Twitter miliknya.

Dia turut menghantar beberapa siri Tweet berkaitan stigma HIV dan berharap karyanya mampu membuka mata orang ramai.

Posting karya itu sehingga kini menerima 365 tanda suka dan diulang kicau (retweet) hampir 800 pengguna Twitter. - India Today

Puteri Diana, HIV, Potret, Pelukis

Artikel Sebelum

Artikel Lain