230 penyokong Nigeria terkandas dihantar pulang - Dunia | mStar

230 penyokong Nigeria terkandas dihantar pulang

ABUJA: Seramai 230 peminat bola sepak warga Nigeria yang terkandas di Rusia selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA 2018, dihantar pulang ke negara asal pada Jumaat, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Dr Tope Elias-Fatile.

Beliau berkata, kesemua yang terkandas itu telah menaiki penerbangan Ethiopia ke Abuja, selepas Presiden Muhmmadu Buhari mengarahkan kesemua mereka perlu dibantu untuk pulang ke negara asal secepat mungkin.

Proses penghantaran pulang itu akan dipantau Kementerian Luar dan Kedutaan Nigeria di Moscow, dengan kerjasama Kementerian Penerbangan.

"Pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow pada 8.30 pagi Jumaat, 20 Julai dan dijadual tiba di Abuja pada jam 4 petang pada hari sama," katanya.

Mereka terkandas kerana kekurangan wang apabila sesetengah ejen perjalanan syarikat penerbangan membatalkan tiket balik tanpa pengetahuan.

"Ekoran itu, misi Nigeria di Moscow mengemukakan aduan rasmi mengenai syarikat penerbangan itu kepada pihak berkuasa," katanya.- Bernama

NIgeria , penyokong , Rusia

Artikel Sebelum

Sayang bini, anak sumbat mak rumput!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain