Sanggup buang alat sulit kerana 'ganggu' penampilan - Dunia | mStar

Sanggup buang alat sulit kerana 'ganggu' penampilan

SEORANG lelaki yang 90 peratus badannya dipenuhi tatu berwarna hitam nampaknya masih belum berpuas hati dengan penampilan dirinya.

Kini dia membuat keputusan mengejutkan apabila sanggup berbelanja besar untuk membuang alat sulitnya.

Adam Curlykale dari Kaliningrad di Rusia membuat tatu pada badannya termasuk mewarnakan matanya dengan warna kelabu selepas disahkan menghidap kanser 12 tahun lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu berkata dia mula membuat tatu kerana tertekan dengan warna kulitnya yang kelihatan pucat.

Laporan media mendedahkan Adam menjalani pembedahan membuang alat sulitnya di sebuah hospital di Guadalajara, Meixco.

Selepas hampir 90 peratus badannya dipenuhi tatu, Adam merasakan alat sulitnya itu merosakkan penampilannya.

Jadi dia menjalani pembedahan melampau.

Dia kini berkongsi gambar terbaharunya dengan pengikutnya di media sosial selepas alat sulit, puting dan zakarnya dikeluarkan.

Adam menjadi terkenal pada 2017 selepas muncul dalam program TV 'Second Face' di Poland.

Dalam program itu dia berkata mahu membuat tatu untuk menutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser.

tatu , Adam Curlykale

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain