suria

Hantar 2,000 mesej seks, menteri letak jawatan

Andrew Griffiths. Foto Chris McAndrew/UK Parliament

MENTERI di Britain, Andrew Griffiths mengumumkan peletakan jawatannya susulan skandal seks membabitkan dua pelayan wanita.

Dilaporkan, beliau telah membuat tuntutan dalam 2,000 mesej yang dihantar kepada dua wanita berkenaan.

Griffiths yang baru bergelar bapa mengirimkan sejumlah £700 (RM3,754) kepada Imogen Treharne dan rakannya, dan menawarkan sebuah unit kediaman untuk mengadakan hubungan seks.

Beliau turut meminta gambar dan video yang keterlaluan daripada mereka.

Menteri perniagaan kecil berusia 47 tahun itu pada Sabtu berkata, beliau teramat malu dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Ahli Parlimen itu merupakan bekas penasihat kepada May, dikenali kerana menubuhkan kempen Wanita Untuk Menang bagi memastikan lebih ramai wakil rakyat dalam kalangan wanita.

Beliau juga pernah mengkritik ketua-ketua syarikat yang mempunyai bilangan wanita yang sedikit dalam barisan lembaga pengarah.

Bagaimanapun, imej Ahli Parlimen Burton itu tercalar kerana membuat permintaan berbaur seks terhadap dua pelayan wanita.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, menteri itu berkata: "Saya sangat malu dengan tingkah laku saya yang telah menyebabkan kesusahan yang tidak terhingga kepada isteri dan keluarga saya, kepada siapa saya berhutang segala-galanya, dan juga kepada Perdana Menteri dan Kerajaan saya berkhidmat dengan bangga.

"Saya tidak mahu memberi alasan kepada tingkah laku saya dan akan mencari bantuan profesional untuk memastikan ia tidak berlaku lagi," tambahnya. - Mirror UK

Andrew Griffiths

Artikel Lain