suria

Bayi kerap menyusu, Ardern lalui detik indah bergelar ibu

MALAM pertama Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bergelar ibu nampaknya sama seperti ibu-ibu lain.

Dia tidak dapat tidur kerana bayinya kerap menyusu, namun wanita berusia 37 tahun ini bernasib baik kerana dibantu oleh seorang bidan berpengalaman.

Menerusi laman Instagram, Jacinda memuat naik sekeping foto bersama bayi perempuannya dan bidan yang dikenali sebagai Libby.

"Dia bukan sahaja hebat dalam apa jua yang dilakukan, pagi ini pula dia memasak makaroni dengan keju sebab dia dengar saya nak makan makanan itu semalam.

"Terima kasih untuk segalanya, Libby," tulisnya menerusi kapsyen foto di laman Instagram.

Foto itu merupakan yang kedua setelah dia memuat naik foto pertama bayi itu pada Khamis, selain gambar bersama pasangannya, Clarke Gayford.

Menerusi foto pertama, bayi itu kelihatan memakai baju yang dikait oleh seorang penyokong.

Dia melahirkan bayi sulungnya yang seberat 3.31 kilogram di Auckland Hospital City pada pukul 4.45 petang pada Khamis.

Jacinda turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan dia sekeluarga.


Ardern, New Zealand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Koko sudah tiada!

Artikel Lain