suria

Koko sudah tiada!

SEEKOR gorila yang terkenal gara-gara mampu menguasai bahasa isyarat mati pada usia 46 tahun.

Haiwan itu yang dikenali sebagai Koko mati dalam tidur pada pagi Rabu.

"Koko menyentuh hati orang ramai dan menjadi duta kepada semua gorila. Dia adalah ikon dalam komunikasi dan memahani emosi interspesies.

"Koko pastinya akan dirindui," kata Yayasan Gorila dalam satu kenyataan.

Koko dilahirkan pada 4 Julai 1971 di Zoo San Fransisco dan dinamakan Hanabi-ko yang bermaksud anak bunga api dalam bahasa Jepun.

Haiwan itu mencipta kemahsyuran setelah diajar bahasa isyarat oleh Dr Francine 'Penny' Patterson.

Kebolehan Koko menguasai bahasa isyarat membuka mata ramai pihak.

Malah, Koko turut muncul dalam pelbagai dokumentari termasuk dua kali di rancangan National Geographic.

Selain itu, kisah mengenai Koko diterbitkan dalam buku berjudul Koko's Kitten dan digunakan di sekolah rendah di seluruh dunia.

Koko, gorila

Artikel Lain