suria

Menantu Trump jumpa Raja Jordan

JORDAN: Wakil khas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jason Greenblatt dan penasihat kanannya, Jared Kushner menemui pemerintah Jordan, Raja Abdullah II di Amman pada Selasa bagi membincangkan proses damai Israel dan Palestin.

Kushner merupakan menantu kepada Donald Trump.

Pertemuan itu berlaku kurang sehari selepas Raja Jordan menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

"Mereka membincangkan peningkatan kerjasama antara Amerika Syarikat dan Jordan, isu serantau, situasi kemanusiaan di Gaza, dan usaha pentadbiran Trump dalam proses damai Israel dan Palestin," menurut kenyataan Rumah Putih.

Sementara itu, dalam perbincangan dengan Netanyahu pada Isnin, Raja Jordan menegaskan perlunya usaha menyelesaikan konflik Israel dan Palestin 'berdasarkan konsep penyelesaian dua negara'.

Proses damai antara Israel dan Palestin telah terhenti sejak 2014.

Keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Disember lalu, menjadikan proses damai itu mustahil.

Donald Trump, Raja Jordan

Artikel Lain