Pasangan ini selamba seks atas batu kubur! - Dunia | mStar

Pasangan ini selamba seks atas batu kubur!

PASANGAN ini dirakamkan melakukan seks di atas batu kubur dan kemudian dengan bangga mengaku melakukannya selama 45 minit apabila video itu tular.

Scott Elwood merakamkan aksi tidak senonoh ini pada siang hari ketika dia berjalan bersama anjingnya melewati gereja Holy Trinity Parish di Shaw, Greater Manchester, Rabu lalu.

Dia menganggap pasangan itu mungkin akan malu dan berhenti melakukannya apabila menyedari dia berada di situ, tetapi mereka langsung tidak mempedulikan dirinya.

Jadi Elwood terus mengambil telefonnya untuk membuat rakaman, memaki hamun mereka dan terus menghubungi polis.

Rakaman tersebut menunjukkan pasangan itu asyik melakukan hubungan seks di kawasan terbuka tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Tetapi selepas menelefon polis dan berkongsi video itu di media sosial, Elwood terkejut apabila lelaki terbabit dapat menjejakinya dan mula menunjukkan rasa bengangnya.

Lelaki itu, dipercayai berusia lewat 30-an, memberitahu Elwood supaya jangan menyibuk hal orang lain.

"Dia beritahu saya bahawa dia melakukannya selama 45 minit, saya rasa dia bodoh bercakap jujur. Melakukannya di kubur seseorang adalah tindakan biadab. Ia teruk.

"Kalau ia kubur seseorang yang saya kenal, saya akan bertindak balas dengan cara yang berbeza.

"Saya akan jadi sangat marah. Saya tidak dapat bayangkan apa yang difikirkan oleh mana-mana keluarga melihat kubur insan kesayangan dilakukan seperti ini," katanya.

Elwood berkata ia mungkin lebih buruk jika terdapat kanak-kanak bermain di situ pada masa itu.

"Ramai budak-budak bermain sorok-sorok di kawasan gereja," katanya.

"Nasib baik, tiada sesiapa di situ pada masa itu."

Lelaki dalam video itu mengaku bahawa dia melakukan hubungan seks selama 45 minit, tetapi tidak mahu memberi komen lanjut.

Metro.co.uk cuba menghubungi polis Greater Manchester untuk memberi komen. -MetroUK

seks , kubur

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain