'Spiderman' wujud, selamatkan budak jatuh balkoni - Dunia | mStar

'Spiderman' wujud, selamatkan budak jatuh balkoni

DATUK Bandar Paris Hidalgo memuji keberanian seorang imigran dari Mali yang sanggup memanjat bangunan empat tingkat di utara ibu kota untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sedang berpaut di balkoni.

Hidalgo berkata pihaknya akan menyokong usaha lelaki berkenaan yang bercadang untuk terus menetap di Perancis.

Video itu menunjukkan seolah-olah watak Spiderman benar-benar wujud di dunia ini, yang mana Mamoudou Gassama pantas memanjat bangunan empat tingkat untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Video ini tular di media sosial dengan penonton yang cemas akhirnya bersorak dengan keberaniannya.

Sebaik sahaja tiba dekat dengan budak itu, Gassama terus menariknya untuk diselamatkan. Ibu bapanya yang dipisahkan dengan dinding balkoni nampak lega.

"Tahniah kepada Mamoudou Gassama atas keberaniannya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak," kata Hidalgo di akaun Twitter rasminya, sambil menambah dia telah menghubungi 'Spiderman' itu untuk mengucapkan terima kasih.

Hidalgo berkata, Gassama, 22, memberitahunya bahawa dia tiba ke Perancis dari Mali beberapa bulan yang lalu dan ingin tinggal di negara ini.

"Saya menjawab bahawa sikap yang ditunjukkannya adalah satu contoh bagi semua warganegara dan Kota Paris jelas akan memberi sokongan dalam usahanya untuk menetap di Perancis," kata Hidalgo.

Menteri Perancis dan bekas jurucakap kerajaan, Christophe Castaner juga menulis di Twitter untuk menyatakan kekagumannya terhadap Gassama yang tidak berfikir panjang untuk menyelamatkan nyawa seorang budak tanpa memberi memikirkan keselamatan diri sendiri.

Akhbar Le Parisien melaporkan bahawa Gassama sedang berjalan apabila melihat orang ramai sedang berkumpul di depan bangunan tersebut dan terus bertindak.

"Saya melakukannya kerana dia adalah seorang kanak-kanak," katanya.

"Saya dapat memanjatnya. Terima kasih Tuhan dapat saya menyelamatkannya." -Reuters

Spiderman , balkoni

Artikel Berikut

Pesara cedera akibat 'kuali terbang'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain