Putera Mahkota Saudi ditembak di luar istana - Dunia | mStar

Putera Mahkota Saudi ditembak di luar istana

RIYADH: Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri 'kehilangan' Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai sejak beberapa minggu lalu termasuk ketika kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

Setiausaha Agung Parti Kebangkitan Islam, Mohammed al-Mas'ari memetik sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu.

Jelasnya, berita itu didedahkan sumber dalam keluarga diraja sebelum ia tersebar secara meluas di media sosial seperti Twitter.

"Putera Mahkota merancang untuk tampil dalam sidang media bagi menafikan laporan berlaku rampasan kuasa," ujarnya.

Beberapa wartawan melaporkan insiden berbalas tembakan itu berlaku di luar pekarangan istana pada 21 April lalu dan Mohammed turut dipindahkan ke kubu pertahanan  bawah tanah di pangkalan tentera berhampiran.

Sebelum ini, media tempatan mendakwa bunyi tembakan itu kononnya kerana pihak istana menembak jatuh dron mainan yang terbang berhampiran kawasan kediaman keluarga diraja tersebut. - Press TV

Mohammed Salman , Putera Mahkota

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain