suria

Jurugambar diraja dedah Putera George senyum selepas 'disogok'

-foto Alexi Lubomirski

PUTERA George nampak kurang gembira pada hari perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle baru-baru ini.

Selain pertama kali dilihat memakai seluar panjang, sifat pemalu putera cilik berusia 4 tahun itu sangat terserlah apabila dia sering bersembunyi di belakang kaki bapanya Putera William semasa hari perkahwinan, membolehkan adik perempuannya Puteri Charlotte mencuri perhatian dengan lambaiannya yang penuh bersemangat.

Tetapi, agak mengejutkan apabila gambar rasmi perkahwinan diraja menunjukkan wajah George yang berseri-seri sambil tersenyum lebar.

Jurugambar diraja Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah.

"Untuk gambar pengantin dan budak lelaki pengiring, mereka disogok dengan coklat Smarties," kata Lubomirski kepada Reuters.

"Jadi sebaik sahaja mereka datang ke set itu, saya terus berteriak, 'siapa suka Smarties?' dan kemudian semua orang angkat tangan, tersenyum, bahkan beberapa orang dewasa pun mengangkat tangan mereka," katanya.

Menurut koresponden diraja, putera muda itu cuba memujuk seorang lagi rakan pengiring yang lebih muda daripadanya, Zalie Warren ketika dia mula menangis sebelum sesi bermula.

Putera George, gambar keluarga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain