suria

300 wanita bujang terkejut jadi 'isteri' lelaki warga India

-foto Biro Polis Pelancongan Thailand

POLIS pelancong berkata kira-kira 300 wanita Thailand yang masih bujang menjadi mangsa penipuan perkahwinan.

Dalam sistem, nama mereka telah disenaraikan sebagai isteri kepada lelaki dari India yang ingin melanjutkan visa mereka, oleh pegawai-pegawai yang terlibat dengan rasuah.

Polis melakukan siasatan selepas 13 wanita tampil membuat aduan.

Wanita-wanita ini mendapati status mereka telah diubah kepada 'berkahwin' dengan lelaki India yang tidak pernah mereka kenali.

Polis mendapati semua sijil nikah palsu dikeluarkan oleh daerah Wang Muang di wilayah tengah Saraburi, di mana tiga pegawai telah dipecat dan didakwa memalsukan dokumen.

Dua daripada mereka dilaporkan menerima rasuah THB2,000 (RM249.24) kerana 'mengahwinkan' pelanggan-pelanggan India dengan wanita Thailand yang masih bujang.

Lapan lelaki India yang menggunakan sijil nikah palsu untuk melanjutkan visa mereka telah ditangkap.

Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap untuk rakyat asing yang selebihnya, yang sebahagiannya dilaporkan telah melarikan diri dari negara ini.

rasuah

Artikel Berikut

Artikel Lain