Pengantin tak muncul, majlis kahwin bertukar upacara pengebumian - Dunia | mStar

Pengantin tak muncul, majlis kahwin bertukar upacara pengebumian

TAKDIR menentukan segalanya. Persiapan majlis perkahwinan hampir lengkap sepenuhnya, namun pasangan pengantin yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Hanya beberapa jam sebelum keduanya bertukar-tukar cincin pernikahan, tiba-tiba majlis perkahwinan itu bertukar menjadi upacara pengebumian.

Luana Alves, 36 dan pengantin lelaki, Rodrigo Nogueira, 31 sepatutnya berkahwin pada 11 pagi di sebuah gereja di Passos, selatan Brazil, Khamis.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum itu, keduanya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat persiapan akhir majlis bersejarah itu.

Menurut polis, kereta yang dipandu Rodrigo telah bertembung dengan kenderaan lain di lebuh raya negara itu.

Luana meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Rodrigo pula menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian selepas dikejarkan ke hospital dalam keadaan cedera parah.

Saudara mara yang tiba untuk meraikan pasangan pengantin itu terkejut dengan kejadian berkenaan, bagaimanapun mereka segera mempersiapkan urusan pengebumian kedua pasangan itu.

Upacara pengebumian diadakan pada Jumaat, di gereja sama di mana mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan.

Pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu, Jorge Rocha, 50 juga mengalami kecederaan serius dan telah meninggal dunia di hospital Alzeira Velano.-Metro.uk

Brazil , Luana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga bom, 9 maut, puluhan cedera

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain