Dulu 190kg, budak terberat di dunia hilang 83kg lepas setahun - Dunia | mStar

Dulu 190kg, budak terberat di dunia hilang 83kg lepas setahun

Gambar dari Kompas.com.

KARAWANG: Arya Permana menjadi sensasi media antarabangsa apabila berat badannya mencecah 190 kilogram sehingga pihak Muzium Rekod Dunia Indonesia menamakannya sebagai kanak-kanak paling berat ketika berusia 11 tahun.

Ketika lahir, berat Arya sekitar 3.1 kilogram dan berat badannya mulai naik mendadak sejak usia lima tahun, sehinggalah pada usia sembilan tahun berat badannya mencecah 127 kilogram.

Dengan berat badan yang berlebihan, Arya mengalami pelbagai kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian, dia tidak mampu bermain dan bersekolah seperti rakan sebaya yang lain.

Gambar terkini Arya.

Sinar Harian yang memetik laporan news.com.au melaporkan, setelah menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badan, Arya yang kini berusia 12 tahun mampu menarik nafas lega.

Hasil pembedahan dan diet ketat di bawah seliaan pakar, Arya berjaya menurunkan 83 kilogram dari berat asal.

"Saya dilarang mengambil makanan manis, selain itu saya juga harus makan lebih sayur dan buah-buahan serta melakukan senaman," ujar Arya yang teruja dapat kembali ke sekolah dan bersukan dengan rakan sepermainan.

Ibu bapa Arya, Rokayah dan Ade Somantri turut melahirkan rasa syukur anak mereka kini mampu tersenyum dan hidup normal seperti kanak-kanak seusianya.

obesiti

Artikel Sebelum

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?