suria

"Itu bapa saya, tolong tolong!"

TINDAKAN warga emas lelaki memasuki santuari haiwan di Limpopo, Afrika Selatan bawa pada apabila diserang seekor singa.

Video haiwan itu mengheret rakyat Amerika Syarikat (AS) dengan mengigit di bahagian lehernya mengejutkan ramai.

Kejadian itu berlaku apabila lelaki itu telah membuka pintu pagar kandang yang menempatkan haiwan berkenaan dan memasukinya.

Insiden mencemaskan itu berlaku selepas petugas di situ memintanya keluar.

Warga emas itu meninjau kawasan berkenaan dan ketika dia menguis pasir sebelum mahu keluar dari situ, haiwan berkenaan telah menghidu kehadirannya dan bergerak ke arahnya.

Bagaimanapun, cubaan lelaki itu untuk keluar dari situ sudah terlewat apabila telah diserang singa berkenaan. Ketika lehernya digigit haiwan itu, lelaki itu sempat menjerit meminta tolong.

"Bawa senapang," jerit seorang lelaki yang menyedari kejadian itu, manakala seorang wanita pula sambil menangis merayu: "Itu bapa saya, tolong tolong!."

Dalam hanya beberapa minit, lelaki tua itu telah diheret ke kawasan semak sebelum kedengaran bunyi tembakan.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada singa itu terkena tembakan dan tahap kecederaan yang dialami lelaki berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis Motlafela Mojapelo berkata, polis sedang menyiasat kejadian itu dan lelaki yang diserang cedera pada bahagian rahang dan leher.


Limpopo, singa

Artikel Lain