suria

Empat maut ketika umrah

RIYADH: Empat warga Britain maut manakala 12 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan lori membawa muatan bahan api.

Kejadian berlaku pada Sabtu di Al Khalas dekat barat Arab Saudi ketika kesemua mangsa dalam perjalanan menunaikan umrah di Makkah.

"Kedutaan Arab Saudi di London kini bekerjasama dengan Pejabat Luar Negara (Britain) untuk mengeluarkan visa kecemasan kepada semua ahli keluarga keempat-empat warga Britain yang maut, selain 12 lagi keluarga mangsa yang cedera.

"Semua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital di Makkah," kata pihak kedutaan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 17 jemaah dari Britain berada di dalam bas tersebut.

Media tempatan Britain melaporkan, antara mangsa terkorban, termasuk seorang wanita berusia 70 tahun dari Blackburn di utara England, seorang lelaki warga emas, seorang wanita dan anak lelakinya, yang semuanya berasal dari Preston. 

umrah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain