suria

'Bintang' bola sepak ditahan, beritahu polis 'saya jutawan, Google tentang saya'

James Hurst. -foto Getty

SEORANG pemain bola sepak memberitahu polis 'saya seorang jutawan, denda saja saya, saya tak peduli' ketika ditahan memandu dalam keadaan mabuk.

Waran tangkap untuk James Hurst, bekas pemain West Brom, telah dikeluarkan selepas dia gagal hadir di mahkamah majistret di Llandudno, utara Wales, pada Khamis.

Konstable polis, Sam Smith memberitahu mahkamah: "Dia kata 'saya seorang jutawan, saya terima hukuman dan bayar denda. Saya tak peduli'.

"Saya menggambarkan sikapnya sebagai sombong. Dia tidak menunjukkan kekesalan walaupun ditahan," katanya.

Seorang lagi polis Anita Hickish berkata Hurst juga menegaskan 'saya seorang bintang' dan memberitahu polis untuk 'Google tentang dirinya'.

Dia menambah, apabila polis memberikan cetakan alkohol kepada lelaki berusia 26 tahun itu, dia memberitahu mereka: "Anda boleh menjualnya".

Hurst telah disabitkan bersalah memandu Ford Focus melebihi had laju semasa mabuk pada 17 Disember.

Polis telah dimaklumkan mengenai insiden itu apabila keretanya dikesan dipandu bertentangan arah.

Hurst pada mulanya dibenarkan membuat pusingan dan memandu keretanya selepas menyatakan bahawa dia tidak minum 'kerana mempunyai perlawanan'.

Tetapi selepas kembali ke balai polis, Smith memberitahu bahawa Hurst telah kencing di satu dinding bangunan masyarakat.

Hurst sebelum ini menafikan kesalahan itu, tetapi pengerusi mahkamah Ann Dickinson berkata terdapat bukti 'luar biasa'.

Hurst baru-baru ini bermain untuk Wrexham, tetapi sudah tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan kelab itu atas persetujuan bersama pada Mac. -metroUK

James Hurst, West Brom

Artikel Lain