suria

Meghan Markle Dedah 'Ciuman Pertama'

Meghan Markle.

LELAKI pertama yang dicium Meghan Markle kini membesar menjadi penyanyi rap terkenal yang membintangi dalam program televisyen.

Perkara itu didedahkan oleh Mail Online.

Menerusi temuramah dalam program sembang yang dikendalikan pengacara, Larry King, Meghan yang merupakan bekas bintang siri Suits memberitahu mengenai dia dalam diam menyukai Joshua Silverstein semasa usianya belasan tahun.

"Joshua Silverstein. Saya berusia 13 tahun, ketika itu perkhemahan musim panas," kata Meghan mengimbas kembali detik itu.

Mail Online mendedahkan Joshua merupakan bintang ternama di Amerika Syarikat (AS), seorang pelakon dan pelawak selain berbakat membuat alunan 'beatbox'.

(kiri) Joshua Silverstein semasa remaja. Foto John Chappel.com (Kanan) Joshua sekarang. Foto Joshua Silverstein.net

Joshua yang kini telah berkahwin dan mempunyai dua anak, menetap di Los Angeles.

Bercakap secara eksklusif kepada Mail Online, Josh yang kini berusia 30 tahun mendedahkan: "Kami sering berbual di telefon. Dia (Meghan) seorang budak perempuan (ketika itu) yang cantik, manis dan baik," tambahnya. - Mail Online UK

Artikel Lain