suria

'Run Robla Run' Pecah Rekod Larian Forrest Gump

Pope menghabiskan masa 409 hari untuk berlari seperti Forrest Gump. Foto: Run Robla Run/Facebook

SEORANG lelaki berusia 39 tahun memecah rekod larian yang dilakukan Tom Hank dalam filem Forrest Gump.

Filem yang diarah Robert Zemeckis pada tahun 1994 itu memaparkan seorang lelaki berlari tanpa henti melintasi semua lokasi di Amerika Syarikat dengan jarak 15,248 batu (24539.28 kilometer).

Dalam filem tersebut, Gump bertindak demikian selepas dikecewakan oleh rakan baiknya sejak kecil, Jenny.

Aksi  Gump itu dianggap agak mustahil untuk dilakukan secara realiti, namun hakikatnya Rob Pope menjadikannya kenyataan.


Malah Pope dari Liverpool menghabiskan 409 hari melakukan larian epik seperti Gump di Amerika Syarikat.

Dia mengambil keputusan berhenti kerja semata-mata mencabar dirinya untuk berlari seperti Gump.

Biarpun mengalami pelbagai kecederaan fizikal, keletihan, kesunyian sepanjang lariannya itu, Pope tidak pernah terfikir untuk berhenti.

"Setakat ini saya menghampiri jarak yang dilakuakn Forrest - 15,248 batu.

Foto: Run Robla Run/Facebook

"Saya telah berlari hampir 15,600 batu.

"Dalam filem, karektor Forrest dilihat amat menarik yang menunjukkan kita perlu melayan baik orang lain.

"Forrest tidak pernah menilai sesiapa. Bukan pada warna, kulit, latarbelakang, kebijaksanaan atau lain-lain.

"Jika semua orang ada karektor seperti Forrest, dunia akan lebih aman," ujar Pope.

Pope masih mempunyai baki 200 batu bagi mencapai destinasinya yang dijadual pada 29 April ini.

Kini dia kembali ke Liverpool untuk bersama isterinya yang bakal melahirkan anak mereka.

Mereka akan kenbali ke Amerika Syarikat bulan depan untuk menamatkan larian bersama.

Run Roblo Run, Forrest Gump

Artikel Sebelum

Artikel Lain