Pemilik Didakwa Cuai Punca 300 Lembu Mati - Dunia | mStar

Pemilik Didakwa Cuai Punca 300 Lembu Mati

Ladang Arcata Bottoms. - Times Standard

KIRA-KIRA 300 ekor lembu ditemukan mati dalam longgokan setinggi tiga meter di terusan di Ladang Arcata Bottoms ketika serbuan bersepadu dilakukan pada minggu lalu, disahkan oleh Pejabat Polis Daerah Humboldt, California di Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Ternakan pejabat polis itu, Deputi Travis Mendes menyifatkan insiden itu jarang berlaku.

"Angka bangkai lembu ini sangat ketara," katanya.

Christie.

Raymond Christie, 54, ditahan di Jalan Ladang Jackson pada 19 Mac kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap haiwan, gagal menyediakan penjagaan sewajarnya kepada haiwan tersebut dan penghapusan bangkai kira-kira 45 meter dari terusan negeri.

Pakar maklumat awam polis, Samantha Karges berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

"Dia (Christie) mungkin akan berdepan tuduhan tambahan," kata Karges.

Christie dimasukkan ke lokap pada 19 Mac dan dibebaskan sehari kemudian selepas membayar wang jaminan sebanyak $25,000 (RM97,212).

Kerajaan negeri bertindak mengasingkan sebanyak 179 lembu dari ladang tersebut buat sementara waktu sehingga kes itu selesai.

Pengurus Besar Daerah Perbandaran Humboldt Bay, John Friedenbach berkata, air minuman yang disalurkan daripada pam air yang terletak beberapa kilometer dari timur laut Essex tidak terjejas dengan sebarang pencemaran dari ladang tersebut. - Times Standard

lembu mati , ladang lembu

Artikel Sebelum

Ingatkan UFO 'Berlian', Rupanya...

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain