Dua Juruterbang Main Snapchat Dalam Kokpit Digantung Tugas - Dunia | mStar

Dua Juruterbang Main Snapchat Dalam Kokpit Digantung Tugas

DUA juruterbang pesawat tambang murah dikenakan tindakan gantung tugas selepas merakam diri mereka bermain aplikasi Snapchat ketika penerbangan dari Paris ke Madrid, Rabu lalu.

Rakaman menunjukkan dua juruterbang syarikat Easyjet menari di tempat duduk masing-masing bersama watak kartun menerusi aplikasi tersebut.

Laporan akhbar The Sun mengatakan, rakaman dimuat naik Kapten Michel Castelucci di media sosial.

Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kedua-duanya digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kami memandang serius perkara ini dengan menggantung tugas juruterbang berkenaan (mengikut prosedur) sementara menunggu siasatan disiplin,” katanya.

Kelakuan mereka itu telah mengundang kemarahan penumpang.

Penumpang yang marah memanggil mereka tidak bertanggungjawab dan tindakan itu juga dilihat berbahaya dan tidak profesional.

Castellucci, yang kerap ditugaskan untuk penerbangan ke dan dari London, berkongsi rakaman-rakaman tersebut di media sosial dengan kapsyen: "Pegawai pertama yang menari semasa terbang sedang buat kerja kertas.

"Dalam video lain yang dikongsi oleh kapten itu, juga semasa penerbangan Paris ke Madrid, seekor burung hantu diletakkan dekat dengan pembantu juruterbang.


Juruterbang , Snapchat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain