Rakyat Indonesia Bantah Hukuman Penjara Jika Kritik Ahli Politik - Dunia | mStar

Rakyat Indonesia Bantah Hukuman Penjara Jika Kritik Ahli Politik

RAKYAT Indonesia berdepan risiko dipenjara jika mengkritik ahli politik negara itu menerusi perundangan yang baru   dikuatkuasakan di negara demokrasi ke tiga terbesar dunia.

Rang Undang-Undang itu diluluskan 560 anggota sidang Parlimen bulan lalu dan hanya dilaksanakan susulan tentangan Presiden Joko Widodo yang enggan menandatangani perundangan kontroversi itu.

Jokowi tidak mempunyai kuasa veto ke atas rang undang-undang itu, walaupun ia boleh dicabar di Mahkamah Perlembagaan.

Undang-undang yang dikenali sebagai MD3 itu membuka ruang untuk mengenakan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak menghormati anggota parlimen, bagaimanapun ia tidak menetapkan tempoh hukuman penjara.

Indonesia adalah negara demokrasi ke tiga terbesar dunia selepas India dan Amerika Syarikat.

Langkah kerajaan Indonesia memperkenalkan undang-undang ini mencetuskan kemarahan rakyat apabila ribuan berhimpun di luar Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada Khamis bagi membantah pelaksanaannya.

Menurut jurucakap mahkamah, tiga petisyen telah diterima mencabar undang-undang itu.

Bagaimanapun, proses berkenaan dijangka mengambil masa lama.

Pemerhati menganggap perundangan baharu ini boleh menyebabkan pembabitan ahli politik tempatan dalam gejala rasuah makin berleluasa.

Setakat ini, lapan pemimpin tempatan telah ditahan kerana rasuah termasuk Speaker Parlimen, Setya Novanto.

Jokowi , Setyo

Artikel Sebelum

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain