suria

Padah Bungkus Anak Guna Selimut, Empat Jam Ditinggalkan Dalam Almari

OSAKA: Seorang kanak-kanak berusia setahun maut selepas dipercayai mangsa penderaan apabila dibungkus dengan selimut dan diletakkan dalam almari.

Budak perempuan itu dikatakan ditinggalkan dalam almari itu selama kira-kira empat jam hingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai bapa kepada budak malang itu.

Polis memberitahu FujiTV, Ryuma Konishi, seorang pemandu teksi itu telah meninggalkan anaknya, Maria di pangsapuri mereka, Kita Ward pada kira-kira pukul 10 malam pada Jumaat.

"Kanak-kanak itu dikatakan asyik menangis dan lelaki itu meletakkannya dalam almari dengan harapan dia akan tidur," kata polis berkenaan.

Bagaimanapun pada kira-kira 3.30 pagi pada Sabtu, lelaki itu terjaga dari tidu dan memeriksa keadaan Maria dan terkejut apabila mendapati anaknya tidak lagi bernafas.

"Lelaki itu terus menghubungi nombor kecemasan 119," katanya.

Budak itu kemudiannya dibawa ke hospital tetapi telah disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Polis berkata, Konishi menafikan dia berniat untuk membunuh anaknya, sebaliknya menegaskan hanya mahu mendiamkan Maria dan memastikan dia tidur

Isteri Konishi yang berusia 26 tahun bekerja shif malam, manakala seorang lagi anak perempuan pasangan itu yang berusia dua tahun tidur di bilik berasingan.-JapanToday

Osaka, Kita Ward

Artikel Lain