suria

Bajet Majlis Kahwin Putera Harry-Meghan Sekali Ganda, Gaun Pengantin RM2.17j

Meghan (kanan) bersama Putera Harry.

GAUN pengantin yang akan dipakai oleh Meghan Markel pada majlis perkahwinannya bersama Putera Harry dikatakan berharga £400,000 (RM2.17 juta), dengan bajet majlis itu dilaporkan bertambah sekali ganda.

Sumber terdekat kepada Meghan memberitahu majalah Look bahawa sejumlah £400,000 dibelanjakan untuk fesyen buat hari istimewanya, dengan sebahagian besar dibelanjakan untuk busana pengantin.

Bercakap kepada majalah itu, sumber berkata: "Meghan seperti mana-mana bakal pengantin lain yang sedang membuat persiapan untuk hari istimewanya.

"Busana pengantin itu merupakan perbelanjaan terbesar, dan bajet sekarang berganda daripada yang asal.

Meghan turut dilaporkan membelanjakan lebih £100,000 (RM542,256) untuk majlis keraian selepas hari perkahwinannya.

Sumber menambah: "Terdapat juga bulan madu menelan belanja £120,000 (RM650,707) tetapi ia adalah hadiahnya kepada Harry."

Mail Online menghubungi Istana Kensington bagi mendapatkan komen berhubung perkara itu.

Spekulasi turut bertiup kencang mengenai siapakah pereka yang dipilih Meghan untuk busana pengantinnya. - Mail Online UK

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Sebelum

Artikel Lain