Bapa Paksa Anak Berlari Ke Sekolah - Dunia | mStar

Bapa Paksa Anak Berlari Ke Sekolah

Foto: Facebook Thornhill.

SEORANG bapa mendenda anaknya dengan berlari ke sekolah.

Anak Bryan Thornhill yang berusia sepuluh tahun tidak dibenarkan menaiki bas sekolah apabila dia dilaporkan membuli pelajar lain dalam bas tersebut.

Thornhill memuat naik rakaman video anaknya yang  berlari pulang dari sekolah.

Dalam rakaman tersebut Thornhill berkata: "Hai semua, selamat datang dan lebih baik kamu mendengar cakap Ayah 2018. Anak saya terlibat dengan masalah buli yang menyebabkan dia dihalang menaiki bas selama tiga hari.


"Saya tidak akan bertoleransi serta tidak boleh (terima kelakuannya). Dengan itu dia perlu berlari ke sekolah lebih kurang satu batu (1.6 kilometer). Jadi sepanjang minggu ini dia ada pengalaman berlari," ujar Thornhill.

Katanya, tindakannya itu telah mengubah perangai anaknya menjadi lebih baik dan guru sekolah telah 'meluluskannya'.


Denda , Anak Buli

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain