Ibu Terkejut 'Benda' Tidur Belakang Anak, Kawan Anggap Ia Istimewa - Dunia | mStar

Ibu Terkejut 'Benda' Tidur Belakang Anak, Kawan Anggap Ia Istimewa

Athea. -foto Bonnie Moore

SEPERTI kebanyakan ibu bapa, Bonnie Moore mempunyai pemantauan video di bilik anak perempuannya supaya dia dapat memeriksa situasi anaknya dari masa ke semasa.

Tetapi suatu hari ketika dia mahu melihat sama ada anaknya, Athea telah tidur, dia ternampak sesuatu yang pelik di atas katilnya.

Athea nampaknya telah tidur, tetapi ada sesuatu yang menakutkan dapat dilihat berada di belakangnya.

Moore, yang tinggal di Norfolk, berkata: "Saya cuba berfikir sebarang kemungkinan tetapi gagal. Ciri-cirinya sangat jelas.

"Jujur saya ​​tidak tahu apa yang perlu dilakukan."

Dalam skrin yang ditunjukkannya, kelihatan seperti terdapat kanak-kanak lain atau anak patung berbaring di belakang Athea, yang akan menyambut ulang tahun pertamanya minggu depan.

Tetapi menurut Moore, dia mendapati tiada apa-apa di tempat tidur anaknya ketika diperiksa.

"Anak perempuan saya berada di bahagian bawah skrin. Jika anda zum anda dapat lihat kepala dan badannya, 'benda' itu berbaring di belakangnya."

-foto Bonnie Moore

Ibu bapa lain bersetuju bahawa ada sesuatu di situ dan ramai kawan Moore percaya ia sebenarnya satu 'semangat' seseorang yang sangat istimewa.

Moore kehilangan adik lelakinya ketika dia berusia sembilan tahun dan 'benda' itu muncul hanya beberapa hari selepas ulang tahun kematiannya.

Seorang wanita menulis: "Wow ini sememangnya satu semangat yang saya dapat lihat dan sangat menakjubkan kamu berjaya merakamkannya.

"Saya rasa ia seorang budak lelaki, mungkin seorang saudara atau budak lain dari keluarga kamu, dia memberi perlindungan terhadap anak kecil kamu dan sering melindungi ketika dia tidur untuk memastikan dirinya baik-baik saja.

"Tak ada apa yang perlu ditakuti, ini benar-benar menakjubkan. 'Semangat' yang indah dan anak perempuan yang cantik."

Moore bersama Athea. -foto Bonnie Moore

Seorang lagi menambah: "Ahh itu luar biasa! Saya sentiasa ragu-ragu tentang semangat, tetapi ini membuatkan saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat jika terdapat satu semangat dekat dengan diri saya."

"Ada seorang budak sedang memeluk bayi Athea," tulis seorang lagi kawannya.

"Budak ini adalah ahli keluarga, 'semangat' mesra yang mengawasi Athea." -MirrorUK

anak patung , gambar aneh

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus