Aktres Bollywood, Sridevi Meninggal Dunia - Dunia | mStar

Aktres Bollywood, Sridevi Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Sridevi Kapoor, aktres Bollywood terkenal meninggal dunia kerana komplikasi jantung di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu malam pada usia 54 tahun.

Abang iparnya mengesahkan berita itu menerusi media Indian Express.

Sridevi bersama keluarganya berada di UAE untuk menghadiri majlis perkahwinan. Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga produser Boney Kapoor dan anak perempuan, Khushi berada di sisi.

Sridevi pernah membintangi filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada sebelum beralih kepada Hindi.

Kejayaannya menyamai pencapaian pelakon Jaya Prada yang juga kelahiran India Selatan dan menempa nama di Bollywood.

Kerjaya lakonannya bermula pada usia empat tahun apabila membintangi filem "Thunaivan" arahan M.A.Thhirumugham.

Pada usia 12 tahun pula, bakat Sridevi menarik perhatian penerbit filem Bollywood apabila berlakon filem "Julie", dan seterusnya melakonkan watak dewasa menerusi filem arahan K.Balachander, "Moondru Mudichu" bersama Kamal Hassan.

Pada 1978, Sridevi diberi kepercayaan sebagai pelakon wanita utama menerusi "Solva Sawna" dan 1983, Himmatwala, selain beberapa filem lain seperti "Mr India" dan "Chandi".

Selepas agak lama menyepi, Sridevi tampil dengan filem blokbuster "English Vinglish" pada 2012 dan tahun lalu menerusi "Mom".

Sridevi dicalonkan untuk 10 Anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya, selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013.-Reuters



Sridevi , Boney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

United Kingdom Dilanda Sejuk Melampau

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain