Bill Gates Dedah Pembelian Paling Mewah, Gila - Dunia | mStar

Bill Gates Dedah Pembelian Paling Mewah, Gila

Bill Gates. -foto The Ellen DeGeneres Show

BILL Gates telah membuat penampilan pertamanya dalam program 'The Ellen DeGeneres Show'!

Pengasas Microsoft berusia 62 tahun itu duduk bersama pengacara terkenal pada episod Rabu lalu dan terbuka menjawab soalan tentang dirinya yang berjaya bergelar jutawan pada usia awal 20-an.

Apabila ditanya sama ada dia pernah bimbang tentang wang, Gates menjawab: "Saya paling suka perisian. Saya ingat lagi di sekolah swasta saya dulu, di sana ada anak-anak lain yang keluarganya lebih baik, seperti mereka mempunyai Porsche atau sesuatu, tetapi ia bukan satu perkara besar bagi saya."

Gates berkata dia terkejut apabila Microsoft akhirnya menjadi begitu berharga.

Syarikat itu begitu dikenali ketika dia berumur 30 tahun dan pada masa itu Gates mulai membuat beberapa pembelian besar.

"Saya tak ada banyak benda dengan citarasa mewah, jadi saya tak terlalu banyak berubah," katanya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, Gates mengakui membeli kereta Porsche.

"Itu adalah kehendak hati," katanya.

"Kemudian, untuk perjalanan saya, saya membeli pesawat, yang merupakan kehendak yang besar."

Apabila DeGeneres bertanya apakah hanya Porsche dan pesawat yang menjadi kehendaknya, Gates menambah: "Dari segi perkara-perkara gila...kami ada sebuah bilik trampolin di rumah. Anak-anak sukakannya, trampolin dalam rumah, saya sangat mengesyorkannya."

Selain wawancara, Gates juga bermain permainan meneka harga barangan runcit.

Gates pada mulanya nampak 'bergelut' apabila dia menyangka sekotak beras berharga AS$5 sedangkan ia biasanya dijual dengan harga AS$1.

"Saya akan membelinya lima," katanya. -ETOnline

Bill Gates , belanja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain