Kecoh Video Sushi 'Lambai' Pelanggan Sebelum Kena Ngap! - Dunia | mStar

Kecoh Video Sushi 'Lambai' Pelanggan Sebelum Kena Ngap!

Paparan skrin akaun Twitter @shoumizo3446

SEORANG pelanggan yang makan di sebuah restoran di Jepun terkejut melihat hidangan sushi segar dengan isi siput masih menggeliat di pinggannya.

Pelanggan berkenaan makan di salah sebuah rangkaian kedai sushi Jepun, Sushiro, yang terkenal dengan makanan laut mentah yang sangat segar.

Dia berkongsi video menakjubkan tentang hidangannya, yang mana isi siput dapat dilihat bergerak di atas ketulan sushi.

Apabila disentuh dengan chopstick, ia menunjukkan tindak balas seolah-olah melambai pelanggannya, membuatkan lelaki berkenaan dan rakannya ketawa dan kagum.

Menurut media tempatan, pelanggan itu telah memesan sepiring 'hokkigai' atau sushi siput.

Secara khususnya, dia telah memesan 'iki hokkigai' yang bermaksud sushi menggunakan topping makanan laut yang masih hidup.

Video yang menakjubkan ini telah tular di Twitter, dengan hampir 50,000 orang membuat ulang 'tweet' klip itu dan dilihat lebih dari 6 juta kali.

"Tragedi Sushiro," tulis lelaki itu dalam tweetnya.

Netizen tertanya-tanya mengapa isi pada sushi masih bergerak.

Ada yang berpendapat ia adalah tanda kesegaran, sementara ada juga berpandangan ia adalah 'refleksi tulang belakang'.

Walaupun makanannya bergerak-gerak, pelanggan tersebut dengan berani berkata dia telah memakannya.

@shoumizo3446 berkata: "Saya telah makan, ia sangat sedap." -Evening Standard

sushi , sushi segar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut Rambut Terbelit Di Tayar Kereta Go-Kart

Artikel Lain

Bekas pemain Manchester United bersara

Chelsea ikat bintang muda Hudson-Odoi

Harga minyak RON97 naik 14 sen