Rakan-Rakan Derma Cuti 572 Hari Cari Anak Hilang - Dunia | mStar

Rakan-Rakan Derma Cuti 572 Hari Cari Anak Hilang

Jennifer de Aroujo (kanan).

SEORANG jururawat menerima derma 'cuti' selama tiga tahun daripada rakan-rakannya.

Jennifer de Araujo terpaksa meninggalkan kerja di sebuah hospital kerana mencari anaknya, Maelys de Araujo yang hilang sejak Ogos lalu.

Seramai 1,300 rakan sekerja yang sanggup menderma cuti masing-masing kepada Araujo bagi meneruskan pencarian anak perempuannya itu.

Minggu ini mayat anaknya ditemui dan suspek utama pembunuh telah mengaku perbuatannya itu.

Mayat Maeyls ditemui Rabu lalu.

Derma cuti tersebut dianjurkan oleh kesatuan pekerja di hospital itu.

Pada Jumaat, wakil kesatuan, Lydie Lefebvre berkata, De Araujo diberi cuti dengan jumlah 572 hari.

"Solidariti ini tidak mengejutkan kerana kami semua turut terkesan dengan kejadian tahun lalu.

"Terpulang kepada dia untuk menggunakan hari cuti ini, jika dia mahu bekerja separuh masa atau penuh selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, De Araujo memuat naik satus di laman Facebook mengenai suspek yang membunuh anaknya, Nordahl Lelandais,34, bekas seorang askar.

"Kami terpaksa menunggu lima bulan setengah untuk membuatkan raksasa ini bercakap. Maelys akan buru anda siang dan malam di penjara," tulisnya.

Derma cuti , anak dibunuh

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Kuat Landa Oaxaca Di Mexico

Artikel Berikut

Ibu Tiga Anak Dedah Pakai Korset 23 Jam Sehari

Artikel Lain