Penduduk Terkejut Lembu Bunting Lahirkan Kura-Kura - Dunia | mStar

Penduduk Terkejut Lembu Bunting Lahirkan Kura-Kura

-foto Twitter Gorontalo News

PENDUDUK kampung heboh dengan kejadian aneh apabila seekor lembu yang bunting didapati melahirkan seekor kura-kura.

Fenomena luar biasa ini berlaku di kampung Hutabohu, Limboto Barat, Indonesia pada Selasa.

Pemilik lembu, Rimin Nggadu berkata lembu peliharaannya telah melahirkan seekor anak kira-kira pukul 8 malam.

Tetapi, apa yang mengejutkannya apabila dia melihat terdapat 'benda hitam' yang turut keluar dari rahim lembunya itu semasa proses kelahiran.

"Selepas beberapa minit anak lembu dilahirkan, tiba-tiba saya nampak ada sesuatu melekat di badannya dan bila saya tengok lebih dekat, ia adalah seekor kura-kura kecil," kata Nggadu memetik Liputan6.

-foto Liputan6

Dalam keadaan terkejut, dia memanggil beberapa jiran terdekat untuk menyaksikan peristiwa yang dianggap luar biasa ini.

Berita mengenai kejadian itu tersebar dengan cepat dan penduduk sekitar terus datang untuk melihat lembu yang dikatakan melahirkan dua haiwan serentak itu.

Pada masa ini, kura-kura dan anak lembu itu berada dalam keadaan sihat. Kura-kura tersebut dipelihara di dalam rumah dan diberi makan sayur-sayuran.

Ketua Daerah Limboto Barat, Hasni D. Lamanasa ketika ditemui di lokasi berkata kejadian lembu melahirkan anak kura-kura itu adalah bukti kebesaran Allah.

Katanya, segala yang dianggap mustahil oleh manusia, akan tetap berlaku dengan kehendak-Nya.

"Ini adalah bukti tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Apa yang terjadi adalah kehendak-Nya," katanya, memetik Liputan6.

Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak mengaitkan peristiwa itu dengan perkara mistik bimbang ia akan menjadi syirik.


anak lembu , lembu bunting , kejadian aneh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain