Roket 'Falcon Heavy' Dilancar - Dunia | mStar

Roket 'Falcon Heavy' Dilancar

BILIONAIR Elon Musk melancar roket paling berkuasa miliknya di Pusat Angkasa Kennedy di Florida awal pagi Rabu.

Roket yang dianggap paling berkuasa di dunia diberi nama Falcon Heavy dilancarkan melalui penerbangan ujian sulungnya dengan membawa bersama roket Tesla Roadster.

Roket tersebut mempunyai ketinggian 23 tingkat dan dipercayai yang terbaik setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX berkata cabaran untuk membangunkan roket baru bermakna peluang untuk keluar dengan berjaya buat kali pertama mungkin hanya 50-50.

Dengan pengenalan pertami ini, Falcon Heavy disasar akan menjadi kenderaan pelancaran yang paling mampu dan berjaya pada abad ini.

Falcon Heavy adalah rekaan terbaharu yang ketujuh termasuk Space Shuttle (bersara), Ariane 5ES, Atlas V551, Falcon 9, Proton M, dan Delva IV Heavy.  

Falcon Heavy

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan

Artikel Lain