suria

Pembuat Kek Terkejut, Kek Batu Kristal Dianggap 'Kek Lucah'

ZAMAN sekarang, kek dihasilkan dengan penuh elemen seni dan dihias cantik selain mempunyai pelbagai pilihan rasa.

Banyak kek yang dihasilkan oleh pembuat kek profesional benar-benar menakjubkan, malah ada yang kelihatan begitu realistik sehingga anda tidak tahu ia sebenarnya boleh dimakan.

Jadi apabila sebuah kedai kek di Amerika, Nadia Cakes, memutuskan untuk membuat kek ilham daripada batu kristal geode, mereka berharap orang ramai akan kagum dengan rekaan tersebut.

Dan, apabila ia diiklankan, mereka tidak menjangkakan langsung ia akan menjadi kontroversi apabila ada yang melihatnya sebagai 'kek lucah'.

Ini kerana, netizen melihat kek merah jambu yang dihasilkan ini menyerupai bentuk vagina.

Malah, mereka juga menjadikan kek yang dibuat di kedai kek di Minnesota itu sebagai bahan lawak.

"Untuk berlaku adil, ia adalah sebiji kek faraj yang sangat cantik," tulis seorang pengguna laman sosial.

Seorang lagi menulis: "Adakah ia datang dengan arahan pengendalian yang betul?."

Seorang wanita bertanyakan soalan: "Sebenarnya sejauh mana kelembapan kek ini? Tanya bagi pihak kawan."

Posting asal mengenai kek ini telah dikongsi sebanyak 13,000 kali dan mendapat lebih 5,000 komen.

Bagimanapun, pekerja Nadia Cakes tidak melenting dan sempat membalas mesej-mesej di media sosial.

Ramai orang telah memuji bagaimana pasukan media sosial syarikat itu bertindak balas terhadap mesej-mesej kritikan.

Tetapi ada juga yang hanya melihatnya sekadar sebiji kek biasa yang cantik.

"Saya fikir ia cantik, saya bekerja menyambut kelahiran dan tidak melihat bentuk vagina, jika vagina anda kelihatan seperti ini, anda berada dalam banyak masalah."

Seorang lagi menambah: "Saya bukan seorang pakar sakit puan tetapi saya tahu bagaimana bentuk vagina, jika vagina anda mempunyai kerak dan 'garam' saya cadangkan guna ubat Vagisil."

Kek tersebut, sesuai dimakan enam orang, dijual pada harga AS$65. -mirrorUK

Artikel Lain