4,000 Gelandangan Tokyo Serbu Kafe Siber 24 Jam - Dunia | mStar

4,000 Gelandangan Tokyo Serbu Kafe Siber 24 Jam

TOKYO: Jangan terkejut jika bandaraya ini mencatatkan sekurang-kurangnya 4,000 gelandangan  berteduh di kafe siber yang beroperasi 24 jam.

Angka hasil kajian yang dijalankan pihak berwajib itu juga mendapati lebih 70 peratus atau kira-kira 3,000 melibatkan pekerja separuh masa.

Daripada jumlah itu juga, gelandangan siber ini berusia dalam lingkungan 30an dan 50an yang masing-masing melibatkan 38.5 peratus dan 27.9 peratus.

Pegawai kanan pihak pentadbir bandaraya itu berkata, majoriti gelandangan yang berusia 30an itu besar kemungkinan hilang pekerjaan ketika krisis kewangan global pada 2008.

Selain itu, gelandangan yang berusia sekitar 50 tahun itu pula sukar mendapat kerja kerana umur yang lanjut.

Kaji selidik itu telah dijalankan antara November 2016 hingga Januari 2017 di sebanyak 502 kafe siber melibatkan 222 reponden.

Hasil maklumbalas 946 orang yang menghabiskan masa semalaman di sebuah kafe siber, 37.1 peratus memberitahu mereka berada di situ kerana urusan peribadi dan hal kerja, diikuti 25.8 peratus lagi mengakui tiada tempat tinggal tetap dan memerlukan tempat untuk tidur.

Menerusi angka yang dikumpul itu, dianggarkan 15,300 orang berada semalaman di kafe siber, sekurang-kurangnya 4,000 adalah gelandangan.

Pihak berwajib juga menembual 363 pengguna kafe yang tiada tempat tinggal tetap dan mendapati 43.8 peratus daripada mereka tidur di jalanan.

Kumpulan terbesar sebanyak 46.8 peratus lagi berkata, gaji bulanan mereka antara 110,000 yen hingga 150,000 yen, manakala 10.7 peratus lagi mengakui tidak mempunyai berpendapatan.-JapanToday


kafe siber , Tokyo , gelandangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Waris Mengamuk Jururawat Suntik Mayat

Artikel Berkaitan

Selepas 'Pergi', Salji Kembali Ke Tokyo

Polis Bantu Gelandangan Bogel Tular

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain