Misteri Budak Berseluar Dalam - Dunia | mStar

Misteri Budak Berseluar Dalam

Seorang budak lelaki dilihat mengetuk pintu di Hythe, Kent di England. Foto Google Streetview

KEMUNCULAN seorang budak lelaki berseluar dalam di Kent, England menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan.

Ia susulan laporan yang diterima polis mengenai seorang kanak-kanak bertindak mengetuk pintu rumah untuk meminta pertolongan.

Pegawai polis menyiasat mengenai budak lelaki yang berusia 12 tahun memakai seluar dalam pada malam Selasa di Hythe, dekat Folkestone.

Kanak-kanak itu dikatakan berlari dari rumah seorang penduduk ke tengah hujan selepas mengetuk pintu dan meminta bantuan.

Budak berkenaan digambarkan mempunyai kulit sawo matang dan berambut warna gelap.

Bagaimanapun, kewarganegaraannya tidak dikenal pasti.

Difahamkan dia berbahasa Inggeris semasa bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dipercayai pasangan warga emas sebelum melarikan diri.

Polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kanak-kanak itu. - Mirror


seluar dalam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Maut Kereta Api Tergelincir

Artikel Berkaitan

Ketua Polis Scotland Letak Jawatan

Artikel Lain