suria

"Jangan Salahkan Saya Jika Trump Tidak Dijemput" - May

KEPUTUSAN Donald Trump untuk tidak menghadiri majlis perasmian bangunan baharu Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di London mungkin membawa padah.

Perdana Menteri, Theresa May bagai membayangkan tindakan presiden AS itu mungkin yang menjadi penyebab beliau tidak akan dijemput ke majlis perkahwinan diraja, Putera Harry dan aktres Meghan Markle.

Malahan, May juga menasihatkan Ratu Elizabeth supaya menjemput Trump untuk melakukan lawatan rasmi ke negara itu sebagai penghormatan kepadanya, bagaimanapun hingga kini jutawan itu tidak menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

"Kita mempunyai hubungan istimewa dengan Amerika Syarikat, tetapi saya tidak bertanggungjawab untuk jemputan ke majlis perkahwinan diraja nanti," katanya kepada pemimpin negara itu pada Rabu.

Hubungan May dengan Trump tidak berjalan lancar sejak ahli perniagaan itu memenangi pilihan raya susulan pandangan berbeza berhubung isu pengganas, kebocoran maklumat risikan dan sikap anti Muslim Trump.-Bloomberg

Trump, May

Artikel Sebelum

Twiggy Buat Penonton Tergamam

Artikel Berikut

Artikel Lain