suria

Kampung Tersejuk Dunia Pecah Rekod

Tidak ramai yang menghuni perkampungan Oymyakon kerana suhunya yang terlampau sejuk. Foto Amos Chappel/REX/Shutterstock

SELAMAT datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.

Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.

Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.

Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.

Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius, tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah -67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.

Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.

Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.

"Ia rosak kerana terlampau sejuk," lapor The Siberian Times. - Mail Online

Oymyakon

Artikel Lain