Rumah Lama Meghan Markle Sedia Untuk Dijual - Dunia | mStar

Rumah Lama Meghan Markle Sedia Untuk Dijual

-fotoTheMegaAgency/TheSun

KEDIAMAN lama Meghan Markle di Toronto sudah berada di pasaran jualan dengan tawaran harga £811,000.

Tunang kepada Putera Harry itu menyewa hartanah tiga bilik tersebut ketika menjalani penggambaran siri TV popular Suits di bandar berkenaan.

-fotoAP

Sekarang Meghan bersedia untuk berkahwin dengan Harry pada Mei, meninggalkan Toronto dan berpindah ke England sebagai persediaan menjalani kehidupan diraja dan berhenti memainkan perananannya dalam Suits.

Rumah sederhana itu terletak di satu jalan yang tenang di Seaton Village, tetapi kawasan itu berubah menjadi kawasan panas untuk paparazzi apabila Markle berpindah ke situ.

Pemiliknya telah membuat sedikit perubahan terhadap dekorasinya selepas Markle berpindah.

Ia disiarkan dalam majalah Hello! keluaran Jun dan gambar ruang di rumah itu banyak dimuat naik di laman Instagram Markle yang turut menunjukkan anjing kesayangannya.

Kusyen Union Jack turut menjadi salah satu hiasan. -fotoFreemanRealEstateLtd/TheSun

Rumah dengan reka bentuk dalaman ultra-moden ini pasti berbeza dengan rumah baharunya, Nottingham Cottage di Istana Kensington yang bersejarah.

Ia lebih kecil daripada rumah lama Meghan, dengan hanya dua bilik tidur dan sebelum ini ia pernah menjadi kediaman Duke dan Duchess of Cambridge sebelum mereka berkahwin.

Bahagian dapurnya sudah diketahui ramai, memandangkan Markle dikenali sebagai seorang yang suka memasak sehingga Harry melamarnya ketika mereka masak ayam panggang bersama-sama.

-fotoFreemanRealEstateLtd/TheSun

Rumah itu juga mempunyai taman dengan landskap indah yang akan dinikmati oleh dua anjing Markle, Boggart dan Guy.

Salah seorang jiran lama Markle, Alex Beauregard memberitahu Toronto Star bahawa Putera Harry kerap berada di rumah Markle dan sering menjadi tumpuan paparazzi.

"Kami biasa melihat SUV besar dengan petugas keselamatan dan kamera.

"Ia mengganggu sesetengah jiran, sebab paparazzi berada di laman belakang kami, tetapi saya tak fikir mereka begitu marah."

-fotoFreemanRealEstateLtd/TheSun

Garaj berasingan hartanah itu menjadikan Markle dan Harry mudah mengelakkan daripada jurugambar.

Hartanah itu tidak dipasarkan sebagai kediaman bekas kerabat diraja, tetapi rumah itu terbuka untuk dilihat hujung minggu ini, di mana pelawat dan peminat yang ingin tahu dialu-alukan untuk hadir, dengan syarat menunjukkan pengenalan diri.

Ejen Daniel Freeman berkata: "Tiada 'kesan diraja' di rumah itu, tetapi ia adalah kediaman yang sangat baik ...dia mempunyai citarasa yang bagus."

Toronto adalah lokasi di mana Markle dan Harry membuat penampilan umum mereka bersama pada September lalu. -theSunUK

Meghan Markle , Putera Harry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Bayi Duyung' Kelima Dunia Dilahirkan

Artikel Berkaitan

Putera Harry, Meghan Kahwin 19 Mei Depan

Dah Lama Meghan Tunggu 'Putera Impian'

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain