suria

15 Minit Paut Tayar Lori

SEORANG anggota polis berpaut pada tayar sebuah lori yang terbalik di tebing laluang bagi mengelak ia terjatuh pada kedudukan lebih dua meter.

Ketika kejadian di Aberford, utara Yorkshire itu, pemandu lori berkenaan juga terperangkap dalam kenderaan itu.

Konstable Martin Willis bertahan selama 15 minit sehingga pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian.

"Lega sebaik pasukan bomba tiba, saya rasakan 15 minit itu terlalu lama," katanya.

Menurut Willis, laluan itu licin kerana adanya salji dan ais menyebabkan lori berkenaan terbabas dan terbalik.

Pemandu lori itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan, bagaimanapun kecederaan yang dialami tidak serius.

Jurucakap bomba berkata, anggotanya berusaha untuk menyelamatkan pemandu terbabit di laluan berkenaan.



 

Willis, Yorkshire

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain