suria

Keluarga Tuntut Kerajaan Serahkan Anak Hidup-Hidup!

Keluarga membawa poster pelajar yang hilang sejak September 2014. - Reuters

MEXICO: Selepas hampir 38 bulan kehilangan 43 pelajar perguruan Kolej Ayotzinapa, di Guerrero, ibu bapa dan sanak saudara masih tidak putus harapan serta menuntut kerajaan pusat untuk memberikan maklumat terkini  mengenai nasib anak-anak mereka.

Setiap hari puluhan ribu penduduk berarak di kebanyakan bandar untuk menuntut keadilan.

Menurut laporan, pelajar dari kolej Ayotzinapa di Iguala, Guerrero itu, hilang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu perhimpunan pada 26 September 2014.

Kolej latihan guru tersebut, terkenal dengan penuntut yang aktif sebagai aktivis politik.

Sekumpulan pegawai polis dikatakan menahan pelajar berkenaan sebelum membunuh dan membakar mayat mereka.

Orang ramai menuntut, wakil Hal Ehwal Politik Guerrero, Martin Maldonado mengembalikan 43 pelajar berkenaan dalam keadaan hidup dan memberi amaran akan terus mendesak sehingga semua fakta dan maklumat mengenai kejadian diperjelaskan.

Mereka turut meminta pampasan di atas kematian pelajar di Iguala antara 26 dan 27 November 2014.

Kejadian yang berlaku kira-kira tiga tahun lepas itu, bermula apabila polis dan tentera menyerang pelajar Ayotzinapa menyebabkan sembilan orang maut, 43  hilang dan 27 lagi cedera. - Bernama

Kolej Ayotzinapa

Artikel Lain