suria

Dua Beranak Cedera Rusa Rempuh Kereta

PEMANDU kenderaan pelbagai guna (MPV) nyaris muat apabila tiba-tiba seekor rusa merempuh cermin depan kereta itu  di laluan kawasan pergunungan Austria.

Dua beranak yang dalam perjalanan untuk bermain ski itu cedera dalam kejadian berkenaan, manakala haiwan itu mati di lokasi.

Bapa yang cedera itu diterbangkan dengan helikopter ke hospital di Traunsteine, manakala anak lelakinya pula ke hospital di St Johan.

Menurut Ketua Polis Martin Reisenzein, lokasi kejadian sememangnya kerap berlaku pelanggaran melibatkan haiwan liar tetap jaring menyebabkan kematian.

Sementara itu, Lembaga Keselamatan Trafik Austria memberitahu, setiap tujuh jam berlaku pelanggaran melibatkan haiwan liar di jalan negera itu.

Kebanyakan kemalangan berlaku antara pukul 5 pagi dan 7 pagi dan pada sebelah petang pula antara 8 malam dan 11 malam.

Sehubungan itu, pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati pada waktu berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Austria, rusa

Artikel Sebelum

Jual Dara Demi Wang AS$3 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain