Nahas SMRT: Penumpang Cedera Meningkat - Dunia | mStar

Nahas SMRT: Penumpang Cedera Meningkat

SINGAPURA: Jumlah penumpang yang cedera dalam insiden perlanggaran dua tren SMRT pada Rabu bertambah kepada 36 orang selepas tujuh orang lagi mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital Besar Ng Teng Fong, lapor Channel News Asia.

Laporan itu menyatakan NUH menerima seorang pesakit manakala Hospital Besar Ng Teng Fong menerima lima pesakit, yang kesemuanya datang sendiri ke hospital berkenaan.

Seorang lagi pesakit dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dengan ambulans.

Setakat 6 petang tadi, empat daripada pesakit itu telah dibenarkan keluar hospital manakala tiga lagi masih dirawat, menurut laporan itu yang memetik kenyataan bersama oleh Lembaga Pengangkutan Darat dan SMRT Corporation.

"Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pengangkutan Darat dan SMRT sentiasa berhubung dengan penumpang yang cedera itu.

“Penumpang lain yang terjejas berikutan insiden pelanggaran semalam boleh berhubung dengan para pegawai bertugas di mana-mana stesen SMRT (di sepanjang Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Lingkaran) bagi mendapatkan bantuan pada bila-bila masa," kata kenyataan itu.

Nahas itu berlaku ketika waktu puncak semasa sebuah tren yang membawa 517 penumpang pada kelajuan 16 kilometer sejam berlanggar dengan sebuah tren tidak bergerak di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Dalam kejadian itu, enam rakyat Malaysia turut cedera dengan lima daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu dan seorang lagi masih dirawat di NUH. - BERNAMA  

SMRT

Artikel Sebelum

Siapa Cakap Iphone X Tak Boleh Digodam?

Artikel Berikut

Badak Air, Rusa Diberi Minum Alkohol

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain