Sameer Digelar 'Manusia Burung Hantu' - Dunia | mStar

Sameer Digelar 'Manusia Burung Hantu'

SEORANG remaja berusia 14 tahun dari Pakistan, Muhammad Sameer, digelar ‘manusia burung hantu’ kerana kemampuannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Memetik laporan portal Daily Mail, Sameer yang berasal dari Karachi, Pakistan menggunakan ‘kebolehannya’ itu untuk menyara keluarga selepas ayahnya sakit.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Sameer membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Sameer berharap dengan kebolehan yang luar biasa itu, dia akan mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.

“Ketika saya berusia enam atau tujuh tahun, saya melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu. Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya," katanya.

Bagaimanapun, ibunya tidak menyokong tindakan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

Menurut remaja itu, ibunya pernah menampar dia apabila melihat dia memusingkan kepala.

“(Bagaimanapun) dia kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.

Sameer kemudiannya berhenti sekolah dan menubuhkan Dangerous Boys, sebuah kumpulan penari, bersama tujuh lagi rakannya, dan mereka melakukan persembahan di seluruh Karachi.

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia mendapat sehingga RM665 sebulan.

Sameer , Pakistan

Artikel Sebelum

Temui Kesan Tembakan, Dera Pada Mayat

Artikel Berikut

Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin

Artikel Berkaitan

Tak Menyempat- Nyempat!

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain