suria

Dihempap Papan Kayu Ketika Makan Nando's

SEORANG lelaki nyaris maut selepas papan kayu terjatuh dari siling lalu menghempap kepalanya ketika dia sedang menikmati hidangan Nando's.

Christian Phillips yang juga penyanyi dan gitaris kumpulan Illegal Eagles sedang menikmati hidangannya sebelum melakukan persembahan dalam siri jelajah ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut di Dundee, Scotland.

Akibat kemalangan itu, Phillips tidak sedarkan diri dan mengalami luka di kepala.

Selepas menerima rawatan paramedik, dia masih berupaya membuat persembahan pada babak kedua sebelum mengadu sakit kepala.


Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital A&E di Ninewells dan dinasihatkan untuk berehat.

Phillps terpaksa pulang lebih awal ke Wales dan terlepas siri jelajah kumpulan tersbeut di Gardyne Theatre.

Jurucakap Nando's turut meminta maaf kepada Phillips di atas kemalangan yang menimpanya.

"Sejurus selepas kemalangan itu, unit penyelenggaraan datang melakukan pemeriksaan dan kami berpuas hati restoran tersebut selamat," katanya.

Nando's

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain