Disaman Tak Muncul Hari Perkahwinan - Dunia | mStar

Disaman Tak Muncul Hari Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang tidak hadiri pengantin lelaki. Foto Bangkok Post

SEORANG wanita warga Thailand bertindak memfailkan saman terhadap teman lelakinya selepas tidak muncul pada hari perkahwinan mereka.

Arunee Jaengkrachang, 24, dan teman lelakinya, Boonyang Sawatdee, 26, sepatutnya berkahwin di rumahnya di Kampung Khao Din, daerah Kabin Buri pada 22 Oktober lalu.

Boonyang memberikan alasan dia tidak mampu menyediakan wang hantaran yang ditetapkan oleh keluarga Arunee.

Terdahulu, kedua-kedua keluarga telah bersetuju dengan wang hantaran berjumlah 200,000 Baht (RM25,563).

Sehari sebelum majlis, Boonyang bertemu dengan ibu-bapa gadis itu untuk persiapan akhir tanpa menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Namun, dia dan ahli keluarganya tidak muncul pada hari perkahwinan sehingga menimbulkan syak wasangka keluarga pengantin perempuan.

Menyedari sesuatu yang tidak kena, Arunee menghubungi Boonyang. 

Menurut Boonyang, semuanya dalam keadaan baik tetapi meminta majlis ditangguhkan beberapa jam kerana tidak sempat tiba pada waktu ditetapkan.

Setelah beberapa jam majlis ditangguhkan, bakal suaminya masih tidak muncul.

Berang dengan keadaan yang berlaku, Arunee dan ibu bapanya pergi ke rumah pengantin lelaki di Sa Keo.

Bagaimanapun, Boonyong dan keluarganya dipercayai telah melarikan diri.

Keluarga Arunee mendakwa mereka telah kerugian lebih 100,000 baht (RM12,789) bagi perbelanjaan parti perkahwinan dan masih berhutang kos makanan sebanyak 22,000 baht (RM2,813). - odditycentral

Artikel Sebelum

Marah Betul Nampaknya Cikgu Ni...

Artikel Berikut

Nak Kahwin Punya Pasal!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain